Wednesday, August 4, 2010

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHRU

ILMU PELITA HIDuP

KAMI SEMUA ANAK BANGSA

MEMBINA SATU WAWASAN

BERBUDI MULIA BERJASA

PERTAHAN AGAMA DAN WATAN

PEKERTI PERLU KITA JAGA

HORMATI GURU IBU BAPA

PASTIKAN KETAATAN BERSEMI

KEIKHLASAN DI SANUBARI

ILMU PELITA HIDUP

KATA KATA BERMAKNA

AGAMA PERLU DITUNTUT

BEKALAN DI HARI MUKA

MARI MARI KITA SEMUA

KITA JANJIKAN BERSAMA

BELAJAR TERUSLAH BELAJAR

SEHINGGA KITA BERJAYA

BERDISIPLIN DAN BERSATU

DI SK KAMPONG BAHRU

TEKUN USAHA ILMU DICARI

KITA TINGKATKAN MARTABAT DIRI

Budaya Kerja Sekolah
1. Memahami dan menghayati:
- Falsafah Pendidikan Negara
- Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah,
Jabatan dan Kementerian setiap masa.
3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
4. Menentukan objektif setiap tugas.
5. Mengamalkan kerja secara berpasukan.
6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
9. Kepimpinan melalui teladan.
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
12. Kerja adalah ibadah

Piagam Pelanggan Sekolah

Piagam Pelanggan Sekolah

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru Senggarang dengan

penuh tekad dan iktizam serta berikrar serta berjanji akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-


  • Memastikan semua murid dapat menerima pendidikan sempurna dan terbaik.

  • Membimbing anak didik kami supaya menjadi insan berilmu,beramal, berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam serta mempunyai semangat untuk maju dalam mata pelajaran.

  • Menyediakan staf yang berdikari, komited,terlatih,berdisiplin,bertanggungjawab, produktif dan proaktif.

  • Mewujudkan persekitaran dan iklim sekolah yang sentiasa bersih ,ceria, menarik

dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

  • Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan iaitu murid, ibu bapa, Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ), Jabatan Pelajaran Negeari Johor ( JPNJ ), Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ), Masyarakat dan Negara.

  • Memastikan perhubungan yang akrab dan terbuka dengan masyarakat

tempatan sejajar dengan konsep sekolah penyayang dan permuafakatan.

FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHRU SENGGARANG

FALSAFAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHRU SENGGARANG

Suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang ,terkawal dan sempurna serta tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan keupayaan adalah perlu untuk memupuk dan memperkembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar di sekolah ini ke arah menjadi insan yang berilmu peangetahuan, berakhlak mulia, gigih, kreatif, berdaya maju dan bertanggungjawab berpaksikan kepercayaan kepada tuhan untuk kemakmuran diri sendiri dan masyarakat.

Objektif Sekolah

Objektif Sekolah


1.Mencapai kecemerlangan akademik

2. Memajukan kegiatan ko-kurikulum

3. Memantapkan disiplin dan kepimpinan

4. Menjadikan sekolah kondusif, selamat dan ceria

5. Mengamalkan budaya ilmu,penyayang dan saling bermuafakat

Visi dan Misi

VISI

SEKOLAH UNGGUL

PENJANA

GENERASI TERBILANG



MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU

MELALUI

PENDIDIKAN BERKUALITI

Sejarah SK Kampong Bahru


Sejarah awal penubuhan sekolah ini bermula pada tahun 1912. Atas usaha orang-orang kampung sekolah tersebut telah dibina di atas tapak tanah EMR 472 Lot 112 di Parit Hailam, Senggarang Batu Pahat dan diberi nama Sekolah Melayu Kampung Bahru ini dibina daripada kayu-kayu bulat dan beratapkan nipah.

Naib Penghulu Mulim 10, Tuan Hj. Koridi dan rakan-rakeN adalah merupakan pengasas sekolah ini. Gurunya pada peringkat awal hanyalah dua orang iaitu En. Bon Bin Mohd Arif sebagai Guru Besar dan Guru Penolong Sekolah.

Pada tahun 1923, Sekolah Melayu Kg Bahru berpindah ke bangunan baru yang dibina oleh kerajaan di atas tapak tanah Lot 893 Kg Bahru iaitu separuh batu. Tanah seluas ¼ ekar ini telah diwakafkan oleh Tn. Hj Noor Bin Kariman. Guru Besar pertamanya ialah En. Hamzah Bin Abdullah.

Tahun 1947, Sekolah Seri Caya Timur ditubuhkan tidak jauh dari tapak Sekolah Melayu Kg Bahru. Sekolah ini khusus untuk murid-murid perempuan dan Guru Besar pertamanya ialah Pn Hjh. Zahrah bt. Mohd Salleh (1947-1957).

Tahun 1952, Sekolah Seri Setia ditubuhkan untuk murid-murid lelaki sahaja. Tapak sekolahnya di Sekolah Melayu Kg Bahru.

Tahun 1962, ketiga-tiga sekolah ialah Sekolah Melayu Kg Bahru, Sekolah Seri Setia dan Sekolah Perempuan Caya Timur digabungkan di bawah satu pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Bahru

Tahun 1974, sebuah bangunan 2 tingkat telah didirikan bagi menggantikan bangunan lama. Tahun 1976, bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Dr Mahathir Mohamad (Menteri Pelajaran pada masa itu.)