Wednesday, August 4, 2010

Sejarah SK Kampong Bahru


Sejarah awal penubuhan sekolah ini bermula pada tahun 1912. Atas usaha orang-orang kampung sekolah tersebut telah dibina di atas tapak tanah EMR 472 Lot 112 di Parit Hailam, Senggarang Batu Pahat dan diberi nama Sekolah Melayu Kampung Bahru ini dibina daripada kayu-kayu bulat dan beratapkan nipah.

Naib Penghulu Mulim 10, Tuan Hj. Koridi dan rakan-rakeN adalah merupakan pengasas sekolah ini. Gurunya pada peringkat awal hanyalah dua orang iaitu En. Bon Bin Mohd Arif sebagai Guru Besar dan Guru Penolong Sekolah.

Pada tahun 1923, Sekolah Melayu Kg Bahru berpindah ke bangunan baru yang dibina oleh kerajaan di atas tapak tanah Lot 893 Kg Bahru iaitu separuh batu. Tanah seluas ¼ ekar ini telah diwakafkan oleh Tn. Hj Noor Bin Kariman. Guru Besar pertamanya ialah En. Hamzah Bin Abdullah.

Tahun 1947, Sekolah Seri Caya Timur ditubuhkan tidak jauh dari tapak Sekolah Melayu Kg Bahru. Sekolah ini khusus untuk murid-murid perempuan dan Guru Besar pertamanya ialah Pn Hjh. Zahrah bt. Mohd Salleh (1947-1957).

Tahun 1952, Sekolah Seri Setia ditubuhkan untuk murid-murid lelaki sahaja. Tapak sekolahnya di Sekolah Melayu Kg Bahru.

Tahun 1962, ketiga-tiga sekolah ialah Sekolah Melayu Kg Bahru, Sekolah Seri Setia dan Sekolah Perempuan Caya Timur digabungkan di bawah satu pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Bahru

Tahun 1974, sebuah bangunan 2 tingkat telah didirikan bagi menggantikan bangunan lama. Tahun 1976, bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Dr Mahathir Mohamad (Menteri Pelajaran pada masa itu.)

No comments:

Post a Comment